Sunday, March 16, 2014

Hat Yai Trip (6 March - 9 March 2014) - Part 1

5 March 2014

4.30ptg bersedia sudah menunggu kawan di seberang jalan Centre Point Sabah untuk ke airport.




Kawan parking kereta di Tanjung Aru. Sementara masa masi panjang, kami lepak menjamu selera di Restoren Anees. Pekena roti telur banjir sama teh o kosong ping. 


Seterunya, kami berjalan kaki dari pekan Tanjung Aru ke KKIA T2 dengan mengambil masa kira-kira 20minit.
Laluan dari Pekan Tg Aru ke KKIA T2



Senja di KKIA T2
Bersiap untuk boarding pada jam 7pm. Flite lewat kira-kira 40minit daripada jadual asal yang sepatutnya berlepas pada jam 7.35pm.





Mendarat di LCCT dalam jam 10.45pm, kami  terus lepak minum kejap di old town sebelum mencari tempat untuk duduk berehat dan overnight di LCCT. 

Sini kami berehat sambil charge HP



Sarapan set pancake MCD

6 March 2014

6 jam lagi sebelum berlepas, kami meninjau suasana sekitar LCCT. 


Suasana pagi di LCCT


Jerebu
Parking Teksi



Satu lagi pengalaman tercipta dengan 12jam berada di LCCT sambil menunggu next flite ke Hat Yai pada jam 12.05pm.

AK1970 berlepas kira-kira jam 12.20pm. Dengan tempoh perjalanan 1 jam 35minit, kami tiba di Hat Yai International Airport sekitar jam 12.55pm (masa Thailand). 





Kad kemasukan ke Thailand yang perlu dilengkapkan


Replika Acra Ikan Duyung "Mermaid Sculpture"
di kawasan ketibaan penumpang

Suasana di Hat Yai Airport

Oleh kerana kami hanya berdua, kami membuat keputusan untuk mengambil van airport  untuk ke Laem Thong hotel dengan tambang 100bath seorang. 

Sebagai infomasi lain, tambang teksi airport 350bath manakala teksi luar 300bath. Untuk mereka yang tidak rushing boleh juga menunggu bus atau "tuk-tuk" berwarna biru di hujung tempat letak kereta di airport dengan tambang 20bath seorang dan akan berhenti di kawasan Kim Yong Market. 



Jarak perjalanan dari airport ke hotel kira-kira 14KM dengan tempoh perjalanan 20minit. Van airport berhenti tepat di depan pintu masuk Laem Thong Hotel. Urusan check in bilik selesai dalam masa 5 minit sebab hotel telah ditempah awal melalui laman Agoda dengan bayaran RM146 untuk 2 malam. Kami berehat seketika di bilik sebelum turun mencari makan tengahari dan meneruskan perjalanan.


Kaunter hotel
Katil queen
Katil single

Singgah di kedai mobile di depan hotel untuk membeli sim kad dengan akses internet seminggu. Kos sim card 50bath then top up 200bath untuk melanggan internet sebulan dengan harga 199bath.


HAPPY service provider

Satu blok kedai dari hotel, akhirnya kami jumpa sebuah kedai muslim "Maliam Restaurant" untuk makan tengahari.



Teh Ais
"Cai Yin" dalam bahasa Thai
Timun dan sambal
Ala-ala rempenyek
Sup Tom Yam = 80bath
Telur bungkus & nasi = 100 bath

Selepas itu, kami sambung round sekitar bandar Hat Yai untuk mencari kenderaan ke Hat Yai Municipal Park. 



Akhirnya kami mendapat sebuah "tuk-tuk" dengan bayaran 500bath untuk ke 3 temple di atas bukit. Perjalanan mengambil masa dalam 15minit untuk sampai ke puncak bukit di mana terletaknya Hat Yai Cable car dan Tokong 4 face Buddha.


Ini dia Tuk-Tuk
Isi petrol sebelum meneruskan perjalanan
Dalam perjalanan
View dari tempat duduk Tuk Tuk


Lokasi-lokasi yang dikunjungi sepanjang petang di Hat Yai.

Tokong Four Face Buddhe - The Great Brahman Shrine





Statut-statut gajah yang disumbangkan
oleh pengunjung yang membuat permintaan
dan permintaan mereka ditunaikan
Four Face Buddha
Pengunjung yang baru datang menyembah

Cable Car Hat Yai




Cable Car Hat Yai


200bath seorang dewasa untuk tiket Cable Car

Pemandangan Bandar Hat Yai dari Cable Car




Tokong Standing Buddha - Phra Buddha Mongkol Maharaj



Patung-patung lilin Sami









Tokong Kuan Yin


Ribuan patung Kuan Yin










Dalam masa 1 jam lebih selesai kami melawati ketiga-tiga tokong ini. Turun dari atas bukit, pemandu tuk-tuk membawa kami singgah di Hat Yai Ice Dome.

Tiket masuk 300bath seorang dewasa

Semua acra-acra ini diperbuat daripada Ais dan suhu dalam Dome ini mencecah -15 darjah celsius cukup mengkagumkan. Di dalam Dome ini juga terdapat 2 permainan lucur air. 












Orang-orang negara ASEAN yang diperbuat daripada Ais








Habis dari Ice Dome, kami meminta untuk diturunkan di mana-mana pasar malam yang berdekatan. Akhirnya kami dibawa ke ASEAN Night Market. 

ASEAN night market terletak di sini "Greenway"
Terdapat muzium 3D di sini



Gerai-gerai jualan barang-barang









Gerai-gerai jualan makanan





Beriyani Kelantan


Telur ikan goreng

Ikan goreng bertelur
Pelbagai Sushi
Mussles untuk goreng telur

Kenyang perut diisi dengan pelbagai makanan. Saya pun meminta pakcik pemandu tuk-tuk untuk menjemput kami untuk balik ke hotel. 

Untuk mengisi masa lapang pada sebelah malamnya, saya berjalan sendiri di ke China Town Hat Yai yang terletak 250meter dari hotel kami. China town ini terletak di sekitar Lee Garden Plaza. 









Dalam perjalanan balik ke hotel sekitar jam 10malam, kelihatan seorang membawa seekor gajah di sekitar bandar Hat Yai


Sambungan terus ke Hat Yai trip Part II.




1 comment: